Seks Dengan Nanny Punca Perpisahan Gwen Stefani

Seks Dengan Nanny Punca Perpisahan Gwen Stefani
Share

Kalau korang masih ingat pada bulan Ogos yang lalu kami ada kongsikan berita perpisahan Gwen Stefani dan suaminya, Gavin Rossdale. Ketika itu, punca perpisahan mereka tidak dijelaskan kepada pihak media.

Namun, baru-baru ini timbul khabar angin mengatakan perpisahan tersebut berpunca daripada kecurangan Gavin bersama nanny, bukan Nanny McPhee tau tapi pembantu rumah mereka.

Menurut sumber terdekat pasangan ini, Gavin mempunyai hubungan sulit dengan pembantu rumah mereka yang dikenali sebagai Mindy Mann itu selama 3 tahun tanpa diketahui oleh Gwen.

Tapi pada bulan Februari lalu, Gwen berjaya menghidu hubungan mereka selepas salah seorang pembantu rumahnya terjumpa mesej-mesej yang dihantar sesama mereka melalui ipad dan melaporkan kepada Gwen.

In-shocking-news-revealed-today-that-Gavin-Rossdale-had-allegedly-had-an-affair-with-the-family-nanny-Mindy-Mann-who


Malah, Mann turut menghantar gambar bogelnya kepada Gavin dan mereka turut merancang untuk berjumpa tanpa pengetahuan Gwen semata-mata untuk “sex”.

Selepas melihat semua bukti kecurangan Gavin, Gwen terus memecat Mann. Namun, Gavin berkeras bahawa semua gambar itu hanya sekadar “flirtation”, tak lebih dari tu. Tapi beberapa bulan selepas itu, baru dia mengaku tentang hubungan sulit mereka.

Ekoran dari pengakuan Gavin, Gwen memutuskan untuk menamatkan perkahwinan mereka. Iyalah, hati isteri mana yang tak hancur kalau suami terang-terang curang depan mata kita kan? Lebih-lebih lagi dengan orang yang kita amanahkan untuk jaga anak-anak kita.

Apapun, semuanya dah selesai. Masing-masing dah move on dengan kehidupan mereka. Malah, Gwen kini sedang berbahagia bersama teman barunya, Blake Shelton.

Sumber: US Weekly

Mindy Mann and Gwen Stefani

Mann dan Gwen

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel