ZiaBella Bakal Muncul Dengan Drama ‘Mak Kau Kedekut’
Monday, 16 November 2015

Berita baik buat peminat-peminat dua gadis cantik iaitu ZiaBella. Menerusi pemerhatian kami di laman Instagram, dua beradik ini sedang sibuk menjalani pengambaran drama.
Untuk pengetahuan, Zia dan juga Bella bakal keluar dengan drama bersiri online terbaru yang berjudul ‘Mak Kau Kedekut’ tak lama lagi.
Pelakon-pelakon yang terbabit dalam menjayakan drama ini pun bukan calang-calang tau! Nadzim Othman dan Sari Yanti pun ada sekali.
Drama bersiri 13 episod ini mengisahkan mengenai Husna (Sari Yanti) yang merupakan seorang ibu tunggal yang sangat berjimat dalam perbelanjaan sehingga dia digelar kedekut.
Korang mesti nak tahu Zia dan Bella jadi apa kan? Haa, untuk pengetahuan, Zia memegang watak sebagai Ciku Ana yang merupakan cikgu kepada anak-anak Husna.
Manakala, Bella pula memegang watak sebagai Ita iaitu rakan kepada Husna yang gemar membeli barang online. Menarik kan? Macam mana agaknya jalan cerita drama ini ya? Kita nantikan tak lama lagi.
Apapun, kami yakin dua beradik cantik ini ada bakat dan potensi besar dalam lakonan. Pasti matap drama ini nanti!
SUMBER - paparazzi.my