'Penat Je Berlakon, Lepas Itu Kena Delete' – Sharifah Sakinah
Friday, 26 February 2021
Slot Samarinda TV3, drama ‘Aku Yang Kau Gelar Isteri’ arahan sutradara Shuhaimi Lua telah ke udara, menampilkan plot cerita yang sangat menarik iaitu isu pemakaian susuk.
Namun begitu, beberapa adegan dalam drama tersebut dipercayai sudah dipotong oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF) atas sebab tidak sesuai ditayangkan kepada umum.
Di Instagram, Sharifah Sakinah meluahkan rasa sedih apabila kerja kerasnya semasa melakukan sebuah adegan tidak dapat disiarkan dalam episod kelima semalam.
"Scene ni ingat lagi pukul 5 pagi dekat sungai, tetiba kena delete. Penatnya berlakon pastu kena delete. Bye."
Menurut Sharifah Sakinah, babak dia bersama Embun (Lana Nodin) di sebatang sungai telah dipotong oleh Lembaga Penapisan Filem. Tambahnya, dia berasa penat apabila babak yang dirakam pada pukul 5 pagi itu tidak dapat ditayangkan kepada umum. Menerusi video perkongsian Sharifah Sakinah, Embun kelihatan membaca ‘mantera’ semasa hendak memandikan Laila di sungai tersebut.
Sumber: Instagram Sharifah Sakinah & Shuhaimi Lua dan Ohbulan