Tahniah! Lisa Surihani Hamil Anak Ketiga
Friday, 26 February 2021
Yusry Abdul Halim menyampaikan berita gembira mengenai isterinya. Lisa Surihani yang kini sedang mengandung anak ketiga mereka menerusi Instagram miliknya.
Meskipun ramai yang sudah dapat menebak berita tersebut berdasarkan gambar ulang tahun perkahwinan yang dimuat naik sebelum ini, namun mereka memilih untuk tidak memberitahu umum dahulu.
Yusry mengakui bahawa hal tersebut sudah pun dimaklumkan kepada keluarga dan rakan terdekat. Bahkan pelakon dan penyanyi itu sempat mendoakan agar pasangan lain yang sedang berusaha untuk mendapatkan zuriat, agar dipermudahkan urusan mereka.
Di akhir entri tersebut, Yusry berterima kasih kepada semua yang menyokong dan mendoakan perkara yang baik buatnya dan Lisa Surihani.
Tahniah buat pasangan ini!
Sumber beautifulnara