Belum Tamat Sengketa Dengan Fara Mendoza, Zarina Anjoulie Dapat Perintah Bela Diri Daripada Mahkamah
Nurul dalam pada itu turut memberitahu bahawa akan memastikan Zarina memenangi kes tersebut setelah dibicarakan semula nanti.
Sumber : Google Terdahulu, media tempatan melaporkan Fara Mendoza atau nama sebenarnya Nurfaralinah Md Yunus telah memenangi saman malu atau fitnah yang difailkan peguamnnya sekitar Januari tahun lalu.
Susulan daripada itu, Zarina kemudian tampil memfailkan semula permohonan untuk membatalkan penghakiman di Mahkamah Tinggi Seremban pada 24 Jun 2020.
Menurut Nurul, terdapat beberapa isu berbangkit terhadap kes berkenaan di mana Zarina mendakwa bahawa dia tidak menerima salinan saman secara peribadi dan menyangkakan peguamnya yang terdahulu telah membela nasib usahawan media sosial itu.
“Dia menyangka peguam terdahulu telah melindungi haknya dan berusaha untuk memenangi kes tuntutan fitnah tersebut sehinggalah berita kemenangan Fara diterbitkan media sekitar awal Jun tahun lalu. Zarina ada menghubungi peguam tersebut namun difahamkan individu tersebut telah diserang strok dan firma guaman miliknya telah pun ditutup.” Fara
Sehubungan itu, Zarina kemudiannya telah melantik barisan peguam yang baharu setelah mendapat kepastian bahawa terdapat saman dikeluarkan ke atas kes mereka berdua itu.
SUMBER : mStar Online