Didi Astillah Diugut Dengan Pisau, Akan Ambil Tindakan

Didi Astillah Diugut Dengan Pisau, Akan Ambil Tindakan
Share
Pelakon dan penyanyi cantik jelita, Dayang Nazilah Awang Astillah atau lebih mesra dengan panggilan Didi Astillah mengakui terkejut selepas mendakwa menerima mesej berbaur ugutan daripada seorang individu yang tidak dikenali di Instagram.

Lebih mengejutkan apabila individu terbabit turut menghantar gambar sebilah pisau dan memberitahu akan ‘membalas dendam’.
Didi Astillah ada memuat naik beberapa screenshot mesej di Instagram yang diterima daripada seorang individu yang dipercayai merupakan seorang wanita. Dalam mesej tersebut, wanita terbabit telah melemparkan kata-kata kesat, memarahi serta ‘mengugut’ akan membalas dendam terhadap pelakon dan penyanyi ini. Menurut Didi, dia tidak tahu mengapa wanita itu nekad bertindak sedemikian sedangkan dia langsung tidak mengenali individu terbabit
Berdasarkan kiriman mesej tersebut, wanita berkenaan dipercayai telah meminta penjelasan kepada Didi mengenai hubungannya dengan seorang lelaki yang dikenali dengan nama Aiman Aziz. Hal ini dikatakan mula tercetus selepas Didi memuat naik gambar bersama Aiman yang segak memakai baju melayu berwarna putih. Malah terdapat juga satu gambar yang ditulis ‘Nak kahwin dah dia’. Wanita terbabit tidak henti-henti bertanya mengenai hubungan yang terjalin antara mereka.

Sumber Ohbulan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel