Neelofa Hadiahkan Seterika Bernilai RM13,000 Kepada Kakak, Noor Nabila

Neelofa Hadiahkan Seterika Bernilai RM13,000 Kepada Kakak, Noor Nabila
Share
Difahamkan pelakon dan usahawan terkenal itu telah menghadiahkan Nabila dengan set seterika yang dianggarkan bernilai hampir RM13,000 seunit.

Perkara tersebut didedahkan oleh seorang pengguna media sosial di mana individu tersebut telah memuat naik tangkap layar Instagram Stories milik Nabila yang memaparkan dia mengucapkan terima kasih di atas pemberian alat elektrik mewah itu.
Tengok Neelofa bagi kakak dia iron (seterika) ni macam best. Gigih google nak beli juga, sekali tengok harga dia mampu ber’huhu’ je”, tulis individu tersebut.

Berikutan itu, ramai netizen tampil memberikan reaksi pelbagai antaranya ada yang mempersoalkan kecanggihan serta fungsi sebenar seterika tersebut sehingga bernilai seperti itu.

Pemberian Neelofa itu difahamkan mempunyai kaitan dengan berita perpindahan Nabila ke kediaman baru tidak lama lagi.

Sumber Kosmo

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel